Salam, hari ni aku ada rajin sikit nk review pasal apps Nike+ Running ni sebab aku dah lama tak mereview kat blog ditambah pula blog aku pun bulan ni agak lemau dgn entry baru
Ok straight to the point, apps ni korang boleh download kat iTunes bg pengguna IOS manakala yg pakai Android boleh sedut kat Google Play je dgn harga USD 9.99 …. Hahahaha lol!!! Takde lah..gurau, apps ni FREE je!!!!
Jangan salah sangka kalau korang pengguna kasut Adidas atau New Balance atau lain-lain korang tak le pakai apps ni, semua boleh pakai malah kalau korang pakai kaki ayam pun boleh
Apa yg menarik dalam apps ni ialah boleh log jarak, kalori yg dibakar dan kekerapan dalam sebulan ianya juga boleh GPS kan larian korang.Paling penting adalah bacaan kalori jika korang menjadikan larian sebagai senaman untuk menurunkan berat badan.Untuk mendapatkan bacaan yang tepat sila isi detail umur tinggi serta berat badan diruangan bio dalam ruangan setting applikasi ini
Oh ya sebelum nk guna apps ni korang kena ada 3G
Selain itu dalam masa sama aplikasi akan memberitahu real time speed dan average speed larian korang
Apps ini juga boleh mainkan lagu lagu dalam playlist korang, so sambil lari dapat dengar lagu jugak
Setiap kali larian apps ini akan catat rekod rekod korang cthnya rekod larian paling jauh atau rekod larian paling lama, rekod paling laju utk 5KM, 1KM dan rekod kekerapan larian dalam seminggu
Aplikasi ini juga boleh digunakan dalam indoor utk yg berlari atas treadmill cuma tukar setting outdoor kepada threadmill je
Terbaru aplikasi ini juga ‘menawarkan’ kepada korang jurulatih peribadi dimana apps ini akan lay down beberapa jenis corak latihan bg kategori tertentu seperti latihan utk larian 5K, 10K, 21K sehingga ke latihan marathon . Setiap kali sesi latihan akan bermula apps ni akan notify korang supaya korang get ready
Fungsi social media juga amat menarik dalam apps ni dimana korang boleh share di fb atau twitter setiap kali sebelum korang mula berlari, jika ada orang like maka korang akan dengar sorakan melalui aplikasi ni, bila bnyk like maka bnyk lah korang akan dengar sorakan
Aplikasi ni pun boleh dikatakan macam main game gak sebenarnya sebab ia ada level level tertentu dimana level ni digantikan dengan warna cth nya jika korang dah lari sejauh 100 -250km (jumlah keseluruhan) korang dalam level jingga bila mana dah lebih 250km korang akan di level hijau macam aku hohoho
Ok tu lah serba sedikit yg boleh aku share dengan korang semua, kalau yg br nak start berlari atau jog tu leh lah try apps ni..Memang menarik
p/s Kekurangan apps ni adalah lembap nak load jika pakai melalui peranti ios, kalau android aku tak tahu pulak..Lembap yg boleh tolerate lagi, tak delah lembp sangat
Share