Lagi 2 hari 2013 bakal berlalu, alhamdulillah bagi aku tahun 2013 ini banyak kenangan kenangan manis
Yang paling aku takkan lupa adalah kenangan sewaktu membuat persembahan di ABPBH2012 pada April 2013 yang lalu..Peristiwa ini banyak memberi impak kepada diri aku sekaligus membuka semula pintu rezeki aku sebagai penyanyi yg telah tertutup sekian lama.Ianya juga membuka peluang peluang untuk aku kembali aktif dalam bidang seni
Dari detik itu juga aku ditawarkan oleh Neo Record untuk merakamkan semula lagu keramat Ramalanku Benar Belaka yang telah diterbitkan pada Ogos 2013.Gubahan semula oleh AG Coco.Korang boleh download lagu ni sewenang2nya DISINI
Berikutan dari lagu ni juga aku merakamkan sebuah MuzikVideo buat pertama kali setelah hampir 20 tahun tak shoot mv since aku berhenti menyanyi
Dalam pada itu juga aku telah diberi peluang untuk merakamkan sebuah lagu baru tetapi dalam bentuk lagu duet.Lagu ni dicipta oleh pencipta lagu Tetap Menantimu dendangan Nomad ost drama I Love U Mr Arrogant iaitu Pojie .Perbincangan telah dijalankan oleh aku dan pihak penerbit aku dan insyaAllah lagu ni akan muncul sekitar awal tahun 2014
Apa yang aku harapkan semoga 2014 bakal memberikan sesuatu yang lebih baik dari tahun 2013 terutama dalam kerja kerja seni aku,InsyaAllah.dan terima kasih juga dengan sokongan kalian selama ini
credit pic MS Green Photography
Share
Tahniah bro.. Semoga semakin dimurahkan rezeki pada tahun 2014 nanti… In Shaa Allah…
Anuar recently posted..Baju Melayu Kembar 3 Aaron Aziz?
Semoga bro lebih dimurahkan rezeki untuk hari mendatang…..
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Hot Burger Malaysia ( FIZO OMAR )
semoga tahun 2014 dan tahun seterusnya nanti…rezeki akan lebih murah dalam bidang ni…
Ezad Skytech recently posted..BoBoiBoy Musim Ketiga : BoBoiBoy Dan Trio Kebenaran
Lu kata hari tu nak duet dengan gua..
Abang Ensem Berketak recently posted..2013 Dalam Kenangan
New year’s eve hari tu ada buat show kat Mentara @ Tiara Duta kan? I was there!
elly-daily recently posted..10 tips untuk mendapat majlis perkahwinan yang berkonsepkan “Engkau Hado??”.
assalamualaikum zarul…moga akan terus beroleh rezeki di tahun baru ini…
maszull recently posted..Awisy Dah Pandai Merajuk Pula